Biarlah Rahsia...
assalamualaikum & salam sejahtera.. semoga hari2 yg anda lalui hari ini masih seindah biasa...
Syukur Alhamdulillah kerana kita masih boleh bersua disini walaupun ada ketika aku pernah merasa untuk lari dari menyentuhmu... Hari2 yang dilalui penuh ranjau yg bisa buat aku rasa terduduk.. Tetapi setiap kali rasa itu mencelah, aku tetapkan jua hati untuk terus berdiri disini..
Bukan senang untuk aku lalui jalan & kehidupan yg ku pilih ini. Warna ceria di mata aku sering mencetus rasa iri dimata yg lain.. sedangkan setiap keceriaan yg aku pamerkan adalah biasan rasa duka yg perlu aku simpan rapi... Pernahkah ada yg cuba menyelami rasa sedih yg aku tanggung? Pernahkah ada yg tanya betapa aku pernah kecewa dlm melalui kegagalan dalam hidupku? Pernahkah ada yg tahu betapa sedihnya hati ku bila pernah mengecewakan kedua org tua ku? Pernahkah ada yg tahu betapa sedihnya bila rasa cinta aku hanya utk dipersendakan? Pernahkah ada yg cuba untuk memahami keadaan ku dari terus mempersoalkan siapa diri ku?
Setiap kali aku cuba utk menyayangi sesuatu, aku pasti akan meninggalkannya kelak... aku tidak mengerti bila erti kejujuran dalam sebuah perkenalan perlu diselitkan dgn unsur2 yg tidak perlu... setiap kali terjaga dari tidur aku sentiasa terfikir utk mencurahkan yg terbaik pada insan2 yg aku sayangi tapi kadang2 aku rasa terluka bila ianya dipersoalkan... Mungkin aku tidak bijak untuk tunjukkan rasa kasih & sayang...
Usah di sentuh betapa tergurisnya hati aku bila berkali2 org yg rapat dgn ku mempersoalkan siapa diri ini... aku mungkin bukan seorg yg sempurna sbg seorg teman tetapi aku amat menghargai setiap perkenalan yg pernah dilalui..
Aku pilih jalan ini... tetapi aku kecewa kerna engkau mempersoalkan siapa diri ku... Terima kasih kepada anda semua yg pernah hadir dalam hidupku... Itu semua indah... Aku pasti akan merindui setiap masa2 yg pernah dilalui... Aku perlu kuatkan diri aku utk hadapi semua ini walaupun seorang diri... Aku tidak pernah akan kenal apa itu erti kalah dan kerana itulah aku masih mampu terus berada disini...
BIARLAH RAHSIA
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempatku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa tahu
Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan
Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta
Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsiaooooooo
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada ditempatku...
I
khlas Rasa,
Hafiz Mahadzir.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home