Kisah hidup....
Dalam hidup ini, semuanya berlaku tanpa kita sedari. Hari ini kita milikinya dan mungkin esok dia bukan lagi milik kita...
Dalam hidup aku, aku sudah merasai kehilangan 2 insan yang paling istimewa dalam hidup aku iaitu bapak & nenek aku. Pantas sekali perkara ini singgah di hidup ku... Dulu aku selalu terfikir macamana lah rasanya hidup tanpa seorang yang bernama bapa, dan hari ini au sedang laluinya...
Ya Allah, memang perit dugaan kehilangan seorang yang bernama bapa. Dulu dialah tempat aku bermanja, menangis, gelak dan ketawa... Sekarang ini semua itu hanya tinggal kenangan. Bukan mudah aku nak bina kekuatan diri. Aku akui yang jiwa aku rindukan kasihnya. Hati ini masih belum cukup utuh melalui segala dugaan yang mendatang. Kadang-kadang diri aku hanyut dibuai rasa yang aku sendiri belum pasti.
Setiap kali hari Jumaat tiba, aku pasti rasa ketakutan. Keriasauan yang aku tak mampu lindungi. Bapa & nenek pergi pada hari jumaat... ntah lah.. aku akui semua ini adalah lumrah kehidupan tetapi untuk lalui ini dari sudut kenyataan, aku kadang goyah menghadapi dugaan ini.
Sampai sini dulu catatan aku kali ini.
p/s= pasal KZ tu i have nothing to say.. tgu jer lah dalam update yg akan datang ok..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home