Sejauh mana aku melangkah...
Dalam hidup ini, kita sering diuji... Ada yang kata ujian demi ujian ini menguji dan mendidik kita untuk menjadi lebih matang melayari segala takdir... Aku setuju, cuma kekadang aku terfikir jauh lagikah perjalanan ujian ini... Satu demi satu dugaan tiba menuntut aku berterusan melakukan perubahan dalam hidup... Perubahan yang aku perlukan untuk kuteruskan. Dari kecil banyak hati yang perlu aku jaga, laksanakan... dan kini sekali lagi rasa tanggungjawab itu singgah di bahu aku... mampukah aku terus berdiri dan berlari menggapai impian yg aku impikan atau sekadar menuruti permintaan insan yang amat disayangi ini... Mana yang harus aku pilih... Teruskan jalan yang sudah aku mulakan ini atau kembali ke jalan yang aku belum pasti hala tujunya itu... Aku anggap ini sebagai dugaan buat aku terus cekal dan tabah mengharungi dugaan ini... Aku yakin bahawa setiap ujian yang datang dari dia pasti ada hikmahnya.. dan Dia berikan dugaan ini kerana dia tahu aku mampu melaluinya dengan baik... InsyaAllah semuanya akan berlalu... Assalamualaikum...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home