Baru...
Permulaan minggu ini dimulakan dengan baik. Semua yang dirancangkan sedang berjalan dengan lancar. Cuma kerja2 penulisan aku sedikit terganggu dek kerana kesibukan dengan aktiviti2 rutin dan kerja di pejabat.
Aku sudah mulakan produksi dengan Chris for the short film. Baru permulaan kepada perjalanan yang masih jauh. Jumaat ini akan ada rehersal for the shooting. I m so excited! Pengalaman pertama yang pastinya menyeronokkan. Jika sebelum ini aku selalu terfikir tentang pembikinan sesebuah cerita, peluang yang ada kali ini akan aku gunakan untuk menimba ilmu sebaiknya.
Projek penulisan aku yang pertama sudah pun siap dan dalam proses penilaian. Untuk yang kedua aku masih berkerja keras untuk mecari ilham menyiapkan karya ini. Terima kasih buat pencetus-pencetus ilham yang ada disekeliling. Aku juga sedang berusaha mencari peluang baru untuk berkerja dibelakang tabir seseorang yang agak berpengaruh dalam industri filem. Jika diizinkan Allah, aku akan maklumkan perkembangan lanjut tentang peluang baru yang sedang aku usahakan itu.
Untukprogram cahaya kasih maybank, sabtu ini adalah masanya untuk kami sekali lagi berhimpun. Sedikit masa perlu diluangkan untuk pastikan segalanya yang telah dirancang berjalan lancar.
Sampai jumpa lagi!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home