Thursday, February 21, 2008

blank.....

tiada apa ang baru atau menarik untuk aku kongsi... ceritanya masih sama cuma mungkin latar ceritanya berbeza... tapi dasar kepada kisah ini masih sama.... aku cuba lari dan bina sebuah kehidupan yang baru.. ku sangka cerita ini berbeza, namun hakikat sebuah pelayaran masih sama...

pada 1 feb 2008, seorang lagi insan yang amat istimewa dalam hidup aku telah pergi meninggalkan aku buat selama2nya... inilah yang dikatakan takdir dan ujian dari Allah swt yang harus aku terima dgn redha dan dgn tangan yang terbuka.... Hajjah Aishah Bt Che Mat yang telah membentuk dan mendidik aku menjadi seorang insan... Semuanya hanya kenangan yang terindah...

pelayaran hidup aku juga sedikit terganggu dek gangguan dari sesuatu... aku tidak menyesal dgn ketentuan illahi sebaliknya aku redha dengan takdir ini... benar kata teman2 aku... jangan mudah terpedaya dengan janji2 palsu yg ditabur orang... biarlah ia menjadi pengajaran buat aku dalam meneruskan pelayaran ini... aku tidak akan tunduk dan mengalah... aku masih ada emak, kak ida, abang mie, una dan cik pah yang pastinya akan terus menyayangi aku hingga ke akhir hayat..insyaallah...

hidup aku diteruskan dengan senyuman.... aku ada seribu impian diahadapan yang perlu aku gapai... buat yang selalu ada dengan ku, terima kasih untuk kalian....

biar apa pun yang terjadi perjalanan hidup aku pasti akan lebih sempurna selepas ini... InsyaAllah....

p/s : Al-Fatihah untuk Hajah Aishah & Haji Mahadzir bin Ismail.


posted at 12.45a.m.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home