Monday, January 29, 2007

Semuanya Berubah.....



Assalamualaikum wbt & hi semua....





Semuanya berubah bila kaki ini menjejaki salah sebuah rumah kanak-kanak yang agak terkenal di sekitar Cheras, KL. Mengikuti sebuah program anjuran majikan ku seperti ini sememangnya sesuatu yg sudah membuatkan aku dan rakan-rakan yang lain teruja. Dari sudut & pandangan
yang bebeza, aku menilai sejauh mana kehidupan yang pernah ku lalui hari lalu jauh lebih indah berbanding kanak-kanak yang aku lihat disini. Bukanlah menidakkan takdir yang perlu di tempuhi mereka, namun sebagai seorang insan biasa hati ini pasti tersentuh. Melihat segalanya di mata mereka.


Hati aku amat tersentuh apabila aku melihat seorang anak kecil yang bernama Ahmad Wafi. Di usia yang terlalu muda iaitu 3 tahun, beliau sudah perlu berdiri tanpa 2 insan yang bernama ibu dan bapa disisi. Melihat Wafi menyuapkan makanan kepada rakan yang lain, jiwa ini terus tersentuh. Berkongsi & bergaul mesra sesama mereka adalah sesuatu perkara biasa, sedangkan aku di usia itu ternyata jauh berbeza.


Setiap kali Wafi memanggil aku dengan panggilan 'ayah', aku tersenyum keseorangan. Setiap kali aku memeluk & meletakannya di pangkuan ku, Wafi pasti mengucup pipi ku. Mungkin ia sebagai tanda terima kasih darinya. Dari anak mata insan yang bernama Wafi ini, aku tahu kasihnya cukup ikhlas. Itulah kasih yang datang dari seorang insan kecil. Anak kecil ini lebih bijak menilai erti kasih yang diberikan untuknya. Terdetik juga dihati ini, mengapalah Wafi ditakdirkan dengan dugaan yang cukup hebat.


Aku berdoa pada Allah agar memberikanA aku kekuatan serta mengizinkan aku untuk terus mendekati dan mencurahkan segala rasa kasih & sayang untuk anak yg sesuci Wafi... Itulah janji dari aku untuk Wafi... Amin...
Terlalu Istimewa
Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa
Hafiz Mahadzir

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home