Stay Alive...
Assalamualaikum...
Lama juga kita tidak bersua disini... Sesekali berpeluang menjengah kesini pasti ada pelbagai cerita untuk kita kongsi bersama. Ada suka & ada yang sebaliknya berlegar dikalangan kita...
Suka untuk aku menyorot kembali percutian aku di Kelantan pada pertengahan June lepas... Sesuatu yang berbeza bila aku berada di negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang ini... Seperti biasa keutamaan aku dimana saja sekalipun, tumpuan aku pasti pada makanan & pantai. Tidak aku nafikan Kelantan adalah syurga kedua makanan pilihan ku selepas Pulau Pinang. Nasi Kerabu, Satar, 'coconut shake', pulut bakar & banyak lagi... Semuanya berbeza & menarik kaca mata ku. Cuma aku amat sedih melihatkan pantai-pantai yang terbiar... Mungkin aku perlu singgah ke Pulau Tioman untuk menikmati keindahan pantai yang sebenar...
Sesuatu yang pasti aku sertakan disini ialah pengalaman bertemu Siti Nurhaliza....
Tinggalkan sebentar kegembiraan itu. Ada sesuatu yang lebih berat untuk dibawa kepada pengetahuan anda. Penglibatan selama 4 tahun bersama MAC(Malaysian Aids Council) telah memberi kesedaran yang amat luas kepada signifikasi kepada masyarakat. Stigma & diskriminasi terhadap mangsa HIV & AIDS amat merungsingkan. Pelbagai persoalan yang ditimbulkan, penyelesaian yang diusahakan juga tidak menampakkan bibit kejayaan. Mungkin sesuatu yang lebih drastik perlu kita usahakan. Walau apa pun yang kami di MAC terima dari anda kami tetap tidak akan pernah kenal erti jemu jauh sekali mengenal erti kalah. Usaha yg lebih konsisten & produktif akan terus dilaksanakan...(kadang-kadang aku terfikir kenapa masyarakat kita lebih gemar mempersoal dari membantu?)...
Ermmmm formal sangat tulisan aku kali ni... Dah macam nak buat media write up plak.... Kerna apa ya? Mungkin kerna........ Rahsia....
Hinnga disini untuk kali ini.. Apa yang pasti, aku pasti akan lebih sibuk lepas ni bila Ariel dah decide tarikh kahwin nya dgn 'seseorang'(jangan nak ngada2 sbb ko bukan datuk K yg nak kawin dgn siti ok..hehhe) Tapi jgn risau aku pasti akan tolong ko siapkan apa2 yang patut... hantaran kawin semua bisa diatur... cuma pastikan duitnya je yg cukup ok..hehe
Jumpa Lagi,
Hafiz Mahadzir.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home