dari kaca mata yg berbeza...
Assalamualaikum....
dari kaca mata & penulisan yg berbeza... itulah yg cuba saya tampilkan didalam penulisan saya di ruangan ini... sudah cukup rintihan peribadi diselitkan disini dan kina masanya sudah tiba untuk saya cuba memberikan diskripsi sosial dari kaca mata yg berbeza & pastinya bermanfaat utk kita semua... sokongan & email anda tentang komen & idea amat diperlukan utk memastikan ruangan ini lebih bernas untuk semua dari masa ke semasa..
ketika penulisan ini dibuat saya sedang menghayati 'Transkrispi' iaitu sebuah hasil tangan terbaru dari seorang biduanita muda tanah air iaitu siti nurhaliza tarudin.. kredibiliti anak kelahiran kuala lipis ini sememangnya mengkagumkan... pencapaian cemerlang beliau dalam dekad ini harus dipuji.. transkripsi merupakan album terbaru dari beliau... karya ini memberi kita peluang untuk mengenali siti nurhaliza secara lebih dekat... apa yg dirasai beliau selama ini dicurahkan atas naskah yang cukup indah dan mengagumkan... 'biarlah rahsia', 'hati berbisik' & 'tanpa dendam dihati' adalah dilihat sebagai rintihan hati dari siti nurhaliza... pastikan ada memiliki album ini kerna saya yakin, anda akan berpuas hati dgn karya istimewa ini...
kita tinggalkan sejenak semua itu untuk sesuatu yg lebih serius... saya ingin membawa anda kepada sebuah perkara yg agak menyeluruh mengenai sifat segelintir dari kita... kesedaran & keterbukaan... masyarakat kita hari ini terbentuk dalam beberapa jenis kategori yang amat komplikasi... kita sering menyatakan bahawa kita sudah cukup terbuka dgn segala isu yg mendatang, kita juga sering menganggap bahawa kita sudah cukup glokal dalam dunia kita... tapi sedarkah kita sejauh mana kesediaan kita terhadap permasalahan AIDS & HIV+... kita mungkin sering tertanya apakah perlunya untuk mengetahui semua ini... kita hanya memandang enteng untuk semua itu... kita masih memandang dgn penuh rasa prejudis terhadap mangsa2 AIDS & HIV+... pernahkah kita cuba memahami derita yg mereka tanggung.. lupakah kita bahawa setiap dari kita mempunyai risiko untk semua ini? isu AIDS & HIV+ bukanlah isu yg memerintah semata2... ia isu untuk semua dari kita... setiap dari kita ada tanggungjawab yg tersendiri..
ini bukanlah tulisan yg berbaur kempen atau ceramah utk sesiapa tetapi sekadar luahan dari rasa yg penuh prihatin & bertanggungjawab... kita semua memikul tanggungjawab utk membasmi semua ini... tiada siapa yg dapat membantu kami di Malaysia Aids Council melainkan anda semua diluar sana...
ingat ini isu kita... isu untuk negara kita... hingga kita ketemu lagi di dalam artikel seterusnya...
Salam Hormat,
Hafiz Mahadzir.
mhafiz.m@maybank.com.my
www.mac.org.my
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home