Berubah..........
Berubah?
Itulah persoalan yang terngiang2 di fikiran aku tentang apa yg berlaku dalam kehidupan aku sejak kebelakangan ini... pelbagai perubahan yang berlaku & membuatkan aku lebih berhati dalam membuat pilihan....
Aku bersetuju sekiranya ada org kata yang hidup kita ini umpama kitaran sebuah roda... Tidak mustahil sesuatu yang kita pernah bisa cinta, akan bertukar dengan rasa kebencian yang mendalam... Aku cuba lari dari rasa kebencian ini.... Tapi aku tak bisa untuk berkata yang aku begitu mudah memaafkan kesilapan insan lain. Keras rasa hati ni....
Pernah aku melupakan kesilapan yang diberi pada ku. Bila kebencian itu di buang & diganti dengan rasa ikhlas sebuah persahabatan, aku sekali lagi di hujani dgn kebencian. Terfikir aku kenapalah seorg teman perlu mempersendakan fizikal temannya yang begitu setia & jujur dalam persahabatan. Aku kecewa dengan keadaan ini... Aku cuma mahu dia tahu yang aku begitu ikhlas dalam persahabatan cuma aku tak mampu terima bila fizikal ku di persendakan. Aku tidak sekuat itu untuk menerima segala kritikan fizikal.
Tinggalkanlah kisah 'persahabatan' yg tercalar itu. Sesungguhnya aku masih memiliki teman2 yang amat setia disisi aku dalam apa jua ketika.
Suka untuk berkongsi dengan semua yang aku tengah bahagia bersama seseorg sekarang ini. Beliau cukup istimewa. Jarang sekali aku mahu berkongsi dengan teman2 tentang cerita2 sebegini... Entahlah dari mana aku dapat kekuatan kali ini. Aku tidak pernah takut untuk bertemu cinta, cuma aku perlu berhati2 utk tidak mengulangi kesilapan lepas. Aku yakin untuk teruskannya. Biarpun jarak masa dgn kisah yg lepas masih agak baru, aku tetap akan teruskannya. Mungkin ada teman2 yg akan berburuk sangka dengan pilihan aku kali ini, aku tetap akan teruskannya. Yang rahsia, biarkanlah ia terus menjadi rahsia.... Cukuplah utk diongsi buat masa ini... Ini adalah pilihan aku...
Jumpa lagi.....
Hafiz Mahadzir.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home