Wednesday, November 01, 2006

Salam Aidilfitri...

Salam Syawal untuk semua....

Berlalunya Oktober yg pelbagai... Yang paling menarik ialah pada 16 oct... Pada tarikh itu saya meraikan ulang tahun yg ke 22 & ulangtahun pertama BLOG ini... Tidak pernah saya sangka bahwa saya mempu untuk membawa blog ini ke hari ulang tahun yang pertama ini...

Pelbagai suka duka telah dilalui dalam tempoh setahun yg lepas. Ada suka & ada dukanya. Umpama sebuah putaran didalam kehidupan. Kita tidak mampu menentukan apa yg berlaku di hari yang mendatang...

Berdepan dgn pelbagai masalah, dihujani pelbagai pertanyaan, diterjah dgn kesilapan lepas dan pelbagai lagi. Pernah aku terasa seperti hendak terduduk dgn segala permasalahan ini. Aku bangun & berdiri setiap kali menyedari kedua org tua ku begitu setia disisi menyokong perjalanan hidup ku ini. Mendorong & terus membawa aku ke daerah kesempurnaan yang aku cari.....

Tidak perlu aku perpanjangkan 'posting' untuk kali ini... Byk lagi perjalanan perlu diteruskan selepas ini... Terima kasih kepada semua yg menjadi pendorong & kekuatan Muhammad Hafiz B. Mahadzir.... Ezam, Syed, Erry, Abg Nazree & Affian serta fadhli terima kasih utk hadiah yg diberi.... Nazim & Ezal, terima kasih untuk sebuah majlis yg istimewa untuk sambutan hari jadi aku...

Semoga kita ketemu lagi.....

Salam Hormat,

Hafiz Mahadzir

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home