Lembaran Baru Untuk 2008...
Sekali lagi kita melangkah ke tahun yang baru. Bermulalah satu lagi pengalaman baru dalam hidup kita. Perancangan dan harapan yang menggung di atur dengan teliti supaya 2008 ini akan menjadi lebih bermakna..
Kejayaan dan kegagalan yang telah ditempuh sebelum ini dijadikan panduan. Mungkin timbul sedikit rasa kecewa dgn apa yang telah berlaku sebelum ini, namun aku tidak menyesalinya. Semua itu bagaikan sebuah ilmu yang cukup berguna untuk mematangkan diri ini.
Tahun 2008 telah aku buka dengan sesuatu yang baru. Banyak yg aku harapkan. Adakah ini satu keajaiban atau satu lagi dugaan... Aku tidak pasti. Apa yang aku tahu, aku perlu bangun dan terus lari mengejar impian aku.. Biar apa pun yang berlaku selepas ini, aku tidak mahu lagi menoleh kebalakang dan membiarkan diri ini terus dilanda resah. Aku yakin bahawa aku berhak utuk memiliki kegembiraan.
Buat 2007, aku simpan kamu dalam sebuah kenangan yang pastinya akan aku hargai nya sebagai sebuah guru dan memori... Terima Kasih.....
Salam,
Hafiz Mahadzir 9.40a.m.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home