Tuesday, March 11, 2008

Langkah Yang Baru

Segala yang telah aku rancangkan sebelum ini bakal terlaksana tidak lama lagi. Pastinya rutin harian aku akan menjadi lebih padat selepas ini. Kerja dipejabat, kuliah, penulisan dan yang terbaru terlibat di belakang tabir untuk salah sebuah filem pendek terbaru dari Chris Chong. Chris Chong merupakan pengarah kepada Project Runaway Malaysia. Aku memang teruja untuk terlibat dalam pembikinan filem pendek ini. Walaupun latar dan tanggungjawab yang diberikan tidaklah sebesar mana, namun aku anggap ini adalah peluang terbaik untuk aku menimba ilmu dan melangkah lebih jauh selepas ini.

Aku juga telah berjaya siapkan separuh dari karya penulisan pertama. Aku perlukan sedikit masa lagi dan mungkin berikan tumpuan yang lebih selepas ini bagi memastikan karya yang pertama ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga ianya akan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Terlalu sibuk dengan begitu banyak tugasan sememangnya membuatkan rutin harian aku semakin suntuk. Aku seolah-olah perlukan 30 jam sehari bagi memastikan aku punyai masa yang cukup untuk melaksanakan semua tanggungjawab ini. Aku akan terus mencuba memberikan yang terbaik kepada semua komitmen yang telah aku pilih ini.

Sekian dulu untuk pagi ini kerana email aku dah berkelip-kelip. Kita jumpa lagi.


Salam Hormat.
Hafiz Mahadzir.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home