Tuesday, April 29, 2008

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee



Untuk 'posting' kali ini, aku memilih Tan Sri P.Ramlee sebagai pilihan. Terlalu banyak keistimewaannya untuk kita kongsi dan kenali serba sedikit tentang seniman agung tanahair ini.



Beliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929. Anak kelahiran Pulau Pinang ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa sebelum dipindahkan ke Sekolah Francis Light. Beliau kemudiannya menyambung pengajian menengahnya di Penang Free School.



Permulaan kerjaya seni beliau dimulakan dengan penglibatan Orkes Teruna Sekampung dan kemudiannya Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.



Filem pertama beliau ialah 'Chinta' yang dibintangi pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50-an dan 60-an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.



Seperti kita sedia maklum, kisah perjalanan hidup beliau tidaklah seindah yang kita bayangkan. Terlalu banyak dugaan yang melanda dirinya. Pelbagai andaian dan tohmahan dilemparkan pada beliau. Biar apa pun yang diperkatakan, sesungguhnya beliau adalah lagenda seni yang tiada gantinya. Semoga Beliau tenang disana. Al-Fatihah!






Berikut merupakan senarai anugerah yang terlibat dengan beliau dan karya beliau sepanjang hidup beliau.


1945


Pertangingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat ke-3" - P. Ramlee

1946
Pertandingan Nyanyian Keroncong Pualu Pinang
"Tempat Pertama" - P.Ramlee dan Pancaragam Keroncong Pemuda Indonesia
Pertandingan Nyanyian Radio Pualu Pinang Malaya
"Tempat ke-2" - P.Ramlee


1947
Pertangingan Nyanyian Radio Pulau Pinang Malaya
"Tempat pertama" - P.Ramlee


1951
Majalah Filem Raya Malaya
"Bintang Pujaan Malaya and Indonesia" - P.Ramlee


1952
Majalah Filem Raya Malaya
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran" - Juwita


1953
Majalah Filem Raya Malaya
"Filem Terbaik" - Hujan Panas
"Pelakon Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Kegemaran Malaya" - Antara Senyum Dan Tangis
"Filem Kegemaran Malaya dan Indonesia" - Antara Senyum Dan Tangis
"Pelakon Kegemaran Malaya dan Indonesia" - P.Ramlee


Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Artis Tahunan 1953" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Hujan Panas


Radio Malaya
"Penyanyi Lelaki Terbaik" - P.Ramlee


1956
Festival Filem Asia ke-3 Hong Kong
"Skor Muzik Terbaik" - P.Ramlee


Majalah Bintang Singapura
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Penggubah Terbaik" - P.Ramlee
"Penyanyi Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Semerah Padi
"Filem Kedua Terbaik" - Anakku Sazali


Majalah Filem dan Sukan Utusan Malaya
"Filem Melayu Terbaik" - Penarik Beca
"Pengarah Terbaik" - P.Ramlee
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Lagu Terbaik" - Inang Baru dari Penarik Beca


1957
Festival Filem Antarabangsa Berlin
Terpilih untuk Tayangan - Hang Tuah
Festival Filem Asia ke-4 Tokyo
"Pelakon Lelaki Terbaik" - P.Ramlee

1958
Festival Filem Asia ke-5 Manila
"Fotografi Hitam Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Sumpah Orang Minyak


Majalah Kisah Bintang Dan Filem Malaya
"Seniman Terbaik" - P.Ramlee
"Filem Terbaik" - Sumpah Orang Minyak
"Lagu Kedua Terbaik" - Tudung Periuk dari Sumpah Orang Minyak


1959
Festival Filem Asia ke-6 Kuala Lumpur
"Filem Komedi Terbaik" - Pendekar Bujang Lapok

1960
Majalah Bintang Singapura
"Filem Kegemaran" - Pendekar Bujang Lapok
"Pengarah Kegemaran" - P.Ramlee
"Seniman Teratas" - P.Ramlee



Festival Filem Asia ke-7 Tokyo
"Filem Komedi Terbaik" - Nujum Pak Belalang

1962
Festival Filem Asia ke-9 Tokyo
Pencalonan bagi "Filem Komedi Terbaik" - Seniman Bujang Lapok
Darjah Kurnia Seri Paduka Baginda YDP Tuanku Syed Putra Jamalullail
"Ahli Mangku Negara" - P. Ramlee A.M.N.


1963
Festival Filem Asia ke-10 Tokyo
"Fotografi Hitam dan Putih Terbaik" - Abu Bakar Ali bagi Ibu Mertuaku
"Bakat Paling Pelbagai" - P.Ramlee


1964
Festival Filem Asia ke-11 Taipeh
"Filem Komedi Terbaik" - Madu Tiga


1965
Festival Filem Dunia Paris
"Anugerah Khas" - Ibu Mertuaku


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home