Mahsuri
Mahsuri....
Salam semua... Aku cuba update jugak disini walaupun xberapa rasa nak menulis sgt sebenarnye.. Aku dalam usaha menyiapkan sebuah lagi karya terbaru... gitu... ermm kisah kali ni pasal apa ek? emmm nnt aku reveal dalam next posting... yang pastinya aku mahukan kelainan. dari segi bentuk penulisan dan cara pena aku tersendiri dan bukan imaginasi atau transkripsi orang lain... aku cuba berkarya dengan bebas untuk kali ni... aku tak mahu terikat dengan mana2 pihak seperti yang berlaku sebelum ini dimana akhirnya aku seperti menulis didalam acuan yang bukan milik aku...
Posing sebelum show...hehheAlhamdulillah semalam aku sempat untuk turun padang tengok Bangsawan Mahsuri di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Sebuah persembahan yang agak baik. Garapan lakonan yang baik, props pentas yang cemerlang dan emosi yang tidak keterlaluan... Cuma bagi sebuah kisah yang agong seperti Mahsuri, aku mengharapkan naskah ini mampu meruntun jiwa dan emosi penonton... babak silat yang agak meleret dan tidak perlu itu sepatutnya dipertimbangkan jika ingin meneruskan dengan musim kedua nanti. Walaubagaimanapun, aku menghadiahkan jutaan tahniah pada Ibu Fauziah Nawi yang bertungkus lumus mengangkat kisah ini.. Lakonan Vanida sememangnya tidak mampu dipertikaikan lagi. Vokal Arja Lee wajar diberi perhatian semua selepas ini... mungkin kita sudah menemuai Tuah versi 'Melayu'...
Ok kita jumpa dalam posting akan datang... salam semua...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home