aku buntu....
jam menunjukkan dah pukul 12 tgh malam.... aku masih belum dapat siapkan writing aku ni... aku betul2 buntu....
dan tetiba je aku rasa cam nak demam...huhu
sebelum ni aku x rasa nak share dgn sesiapa pasal projek yang aku lakukan skrg ni tetapi memandangkan rasa kasih sayang aku terlalu tinggi pada blog yang aku dah tulis sejak lebih dari 3 tahun lalu ni... aku rasa cam x best je kalo tak berterus terang kannnn?hhehe
sebenarnya aku tgh berkerja keras uk siapkan tulisan aku yang keberapa aku pun tak tau... sebelum ni aku tulis, tulis dan tulis tapi xde orang yang nak.. pernah sekali tu aku siapkan utk seseorang tu.... dia kata keja aku tak cukup sempurna dan jalan cerita tak cukup kuat TETAPI dalam diam2 dia buat drama guna jalan cerita yang sama... nak saman? tah laaaa aku tak reti camne... takpalaaaa depa buat penaya kat aku... aku yakin rezeki allah ada dimana2... dan mungkin belum rezeki aku.... :)
tapi dalam pada yang sama ada gak laa seorang individu yang rajin minta artikel dari aku.... tp skrg ni aku pun dh tak sempat nak tulis utk dia sbb aku sibuk dgn rezeki baru aku.. akhirnya ada gak orang nampak kemampuan menulis aku...hehe so thanks laa kat sebuah produksi ni sbb bagi peluang utk aku ketengahkan idea aku ini.. so cerita yang bakal kuar kat tv nnt tu aku harap tak menimbulkan kntroversi... sbb bukan kontroversi yang aku cari tetapi aku cuma nak paparkan sebuah cerita yang lebih dekat dgn masyarakat hari ini...
sebuah cerita tentang 5 sekawan yang datang dari latar belakang yang berbeza.... diorg ni punya pendapat yg berbeza tetapi ada satu persamaan yang amat kuat menjadikan mereka ini sahabat... dan dalam persahabatan mereka ini memamng timbul pelbagai persoalan dan isu yang kadang kala membuatkan persahabatan mereka diuji...
ermm mesti ada yang tertanya kenapa aku timbulkan kontroversi di atas tadi tu? itu kerana kisah ini ada melibatkan elemen 'sesuatu' yang aku cuba selitkan dan kiaskan isu itu menjadi satu jalan cerita yang biasa dan sesuai untuk tontonan semua... secara mudah aku boleh katakan ala2 queer as folk tu... tetapi dalam versi malaysia yang jauh lebih bersih dan TIDAK ADA UNSUR NEGATIF..heheh
dugaan inilah yang buat aku buntu... cuba korang fikir camne nak menyesuaikan idea asal aku ini dalam bentuk realiti sebuah cerita untuk tontonan semua...heheh takper aku ada masa hingga may ini untuk siapkan semua ini...
oklaaaa sampai sini dulu cerita aku.. aku nak sambung menulis... thanks blogger yang rajin baca blog aku ni... wish me luckkk... muahhhhh
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home