Tuesday, September 05, 2006

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 49..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera utk semua.... Untuk beberapa ketika telah aku tinggalkan sekejap dalam membuat pengisian disini.. Aku kembali menulis hari ini dengan satu pengisian yg aku rasakan lebih besar rasionalnya untuk semua anak MERDEKA...

APAKAH kemerdekaan itu, dan untuk apa merdeka? Jika kemerdekaan itu difahami secara kasar, erti kemerdekaan tidak berbeza dengan kebebasan atau lepas dari ikatan dan penjajahan. Dalam beberapa pengertian bahasa Inggeris, kemerdekaan bersamaan dengan kosakata independence, liberty, freedom, atau right. Sedangkan untuk menjawab dan memastikan pertanyaan untuk apa merdeka, ia merupakan satu kepayaha dan memang telah lama menjadi masalah yang sering diperdebatkan dari pelbagai perspektif dan kepentingan.

Dalam pandangan Lyman T Sargent (1987), tiga buah perkataan seperti 'liberty', 'freedom', dan 'right' sering digunakan secara bergantian. Tiga buah kata tadi membentuk kepada kemampuan orang untuk berbuat tanpa batasan(the ability to act without restrictions). Freedom adalah terma yang lebih umum mengenai kebebasan atau kemerdekaan. Liberty biasanya membentuk kepada kemerdekaan sosial dan politik. Right lazimnya membawa kepada gerakan-gerakan kemerdekaan secara 'legal' spesifik.

Pengertian ketiga-tiga istilah tadi dan apa sebenarnya erti kemerdekaan itu, yang sering muncul dalam pandangan umum, biasanya hanya mengertikan kemerdekaan sebagai "bebas dan lepasnya bangsa daripada cengkaman penjajah".

Pengertian seperti ini sering dianggap bertujuan politik. Akan tetapi, pengertian tersebut tentu saja tidak perlu dikelirukan atau dipersalahkan. Kadang-kadang kita terlupa hakikat kemerdekaan, dan apa seterusnya yang perlu dilakukan setelah bangsa itu merdeka. Lebih tegas lagi, selepas 49 tahun mencapai kemerdekaan, maka agendanya sekarang adalah bagaimana "menghadirkan kemerdekaan?" Sama-samalah kita merenungkan sejauh mana kehadiran MERDEKA dalam hidup kita...

Carilah ketenangan kerana itu adalh erti kemerdekaan sebenar...

Hafiz Mahadzir menulis pada 12:00pm