Jalan yang perlu aku teruskan....
Sekian kalinya aku kembali di ruangan ini...
Pada 2 March 2007, insan yang teramat aku sayangi telah pulang ke rahmatullah... Allahyarham Mahadzir b Ismail pergi di kala aku masih lagi memerlukan belaiannya... Semuanya bagai satu mimpi ngeri buat aku. Tidak pernah terlintas difikiranku akan kehilangannya dalam waktu terdekat ini... Beliau merupakan seorang insan yang amat sempurna di mata kami sekeluarga. Kasihnya, didikannya dan gelak tawanya masih jelas di fikiranku... Tetapi inilah yang dikatakan Qada dan Qadar Allah... Aku redha menerimanya walaupun kadang2 aku terseksa menerima kenyataan ini...
Kehidupan Muhammad Hafiz Bin Mahadzir diteruskan seperti biasa... hari2 yang dilalui masih biasa dan sama.. Warna hari2 aku masih sama... Cuma warnanya diterangi dgn seorang insan yang amat istimewa yang hadir dalam hidup ku. Pelbagai liku kami lalui untuk sampai ke hari ini. Dan semakin aku dekat dgnnya, aku sedar bahawa Allah terlalu menyayangi ku kerana mengurniakan insan seistimewanya dalam hidup ku. Kehidupan hari ini mengajar aku untuk menghargai kehidupan ini sebaiknya. Satu perkara yang aku pegang dan menjadi kekuatan aku hari ini ialah 'hidup ini akan lebih indah bila kita memaafkan dan menerima insan yang kita sayangi seadanya'... Dan yang penting, jangan sesekali cuba megubahnya... Biarlah dia menjadi dia kerana itu adalah dia...
Aku jatuh dan bangun.... dalam aku sedih aku gembira dan begitulah putarannya kehidupan kita sebagai seorang manusia... Aku juga akur yang sudah terlalu banyak kesilapan yang aku caturkan dalam menyusun langkah ke hari ini. Ada hati yang terluka, terguris... Tapi aku tak mampu puaskan hati semua. Cuma aku sedih dgn segelintir manusia yang gemar bertopeng2 ini... Entah apa semuanya ini.. Kejujuran & keikhlasan aku diperkotak-katikkan... mungkin inilah yang dikatakan kehidupan.
Bila aku terkenang apa yang telah berlaku pada aku hari ini, aku terdiam... Aku redhai apa yang mereka lakukan pada diri ini... Cuma kadang2 hati kecil aku kecewa bila ada diantara insan yang pernah aku anggap sahabat menaburkan fitnah pada diri ku... Alhamdulillah aku masih kuat berdepan.. Mungkin kadang2 aku keliru & tewas mengawal emosi ku, tapi aku yakin pada diri ini. Terima kasih pada dia yang selalu disisi ku dalam jatuh dan bangun. Dalam tawa & duka, dia tetap disisi...
Aku tidak mahu tersilap lagi. aku tidak mahu tewas lagi dgn permainan emosi ku. Aku mahu bahagiakan diri ku, bahagiakan keluarga ku, bahagiakan dia yang amat aku sayangi...