Monday, April 24, 2006

dari kaca mata yg berbeza...


Assalamualaikum....

dari kaca mata & penulisan yg berbeza... itulah yg cuba saya tampilkan didalam penulisan saya di ruangan ini... sudah cukup rintihan peribadi diselitkan disini dan kina masanya sudah tiba untuk saya cuba memberikan diskripsi sosial dari kaca mata yg berbeza & pastinya bermanfaat utk kita semua... sokongan & email anda tentang komen & idea amat diperlukan utk memastikan ruangan ini lebih bernas untuk semua dari masa ke semasa..

ketika penulisan ini dibuat saya sedang menghayati 'Transkrispi' iaitu sebuah hasil tangan terbaru dari seorang biduanita muda tanah air iaitu siti nurhaliza tarudin.. kredibiliti anak kelahiran kuala lipis ini sememangnya mengkagumkan... pencapaian cemerlang beliau dalam dekad ini harus dipuji.. transkripsi merupakan album terbaru dari beliau... karya ini memberi kita peluang untuk mengenali siti nurhaliza secara lebih dekat... apa yg dirasai beliau selama ini dicurahkan atas naskah yang cukup indah dan mengagumkan... 'biarlah rahsia', 'hati berbisik' & 'tanpa dendam dihati' adalah dilihat sebagai rintihan hati dari siti nurhaliza... pastikan ada memiliki album ini kerna saya yakin, anda akan berpuas hati dgn karya istimewa ini...

kita tinggalkan sejenak semua itu untuk sesuatu yg lebih serius... saya ingin membawa anda kepada sebuah perkara yg agak menyeluruh mengenai sifat segelintir dari kita... kesedaran & keterbukaan... masyarakat kita hari ini terbentuk dalam beberapa jenis kategori yang amat komplikasi... kita sering menyatakan bahawa kita sudah cukup terbuka dgn segala isu yg mendatang, kita juga sering menganggap bahawa kita sudah cukup glokal dalam dunia kita... tapi sedarkah kita sejauh mana kesediaan kita terhadap permasalahan AIDS & HIV+... kita mungkin sering tertanya apakah perlunya untuk mengetahui semua ini... kita hanya memandang enteng untuk semua itu... kita masih memandang dgn penuh rasa prejudis terhadap mangsa2 AIDS & HIV+... pernahkah kita cuba memahami derita yg mereka tanggung.. lupakah kita bahawa setiap dari kita mempunyai risiko untk semua ini? isu AIDS & HIV+ bukanlah isu yg memerintah semata2... ia isu untuk semua dari kita... setiap dari kita ada tanggungjawab yg tersendiri..

ini bukanlah tulisan yg berbaur kempen atau ceramah utk sesiapa tetapi sekadar luahan dari rasa yg penuh prihatin & bertanggungjawab... kita semua memikul tanggungjawab utk membasmi semua ini... tiada siapa yg dapat membantu kami di Malaysia Aids Council melainkan anda semua diluar sana...

ingat ini isu kita... isu untuk negara kita... hingga kita ketemu lagi di dalam artikel seterusnya...

Salam Hormat,
Hafiz Mahadzir.
mhafiz.m@maybank.com.my
www.mac.org.my

Monday, April 17, 2006

Transkripsi dari minda hafiz mahadzir...


assalamualaikum & salam sejahtera buat semua....

ada rasa, ada rahsia... byk rasa yg perlu di jaga & byk pula rahsia yg perlu disimpul rapi... mungkin akan terus dibiarkan tersimpul jauh di lubuk hati. usah lagi dipersoalkan tentang rasa & rahsia hati ini.. kerna tidak akan ada jawapan yg akan diberikan utk semua itu.

semakin hari, semakin jauh perjalanan kita di sini... sedar atau tidak byk artikel2 yg dijanjikan telah gagal disempurnakan buat rujukan kita bersama... bukan lupa cuma keadaan masih belum mengizinkan saya melakukannya... kesibukkan serta komitmen sedia ada membataskan segalanya...

syukur kehadrat yg Esa kerna limpah kurnianya yg tidak pernah kering. walau ada kalanya rasa duka kecewa datang menyinsing. semua itu tidak lama. setiap kali ditimpa rasa duka & kecewa dek kegagalan, saya pasti bangun berlari mengejar impian. rezeki2 yg pernah dikecap sebelum ini masih singgah datang mencurah... setiap nukilan terbar

untuk teman2 yg sentiasa memberi sokongan terhadap apa saja perkembangan terbaru saya, ribuan terima kasih diiringi utk ada.. komen sert email yg anda kirimkan amatlah dihargai..

kesempatan yg ada ini ingin saya ambil utk ingatkan ada tentang Transkripsi yg bakal dilanacarkan tidak lama lagi. sebuah lagi hasil karya dari seorang diva yang amat kita sayangi.. siapa lagi kalau bukan siti nurhaliza... sila lawati www.sitizone.com & www.urbansiti.com... semuanya tentang Siti Nurhaliza ada di situ...

suka juga utk saya igtkan anda utk menonton Gubra... anda pasti berpuas hati dgn sebuah lagi hasil tangan yg cukup teliti dari Yasmin Ahmad...

jangan lupa juga utk kunjungi http://clixxfeez.fotopages.com semuanya yg anda ingin lihat tentang saya ada disitu...

hingga kita ketemu lagi...

salam ikhlas,
hafiz mahadzir