Kuala Lumpur Fashion Week 2006
Update kali ini berbeza...
Rekaan Melinda Looi, Bill Keith, Carven Ong, Micheal Ong & Zang Toi.
Peluang untuk menyertai Malaysia International Fashion Week(M-IFW06) di Kuala Lumpur Convention Centre pada 23/11/2006 sungguh menyeronokkan. Aku seolah terbawa untuk mengimbau kembali cita-cita yang pernah aku impikan satu ketika dulu... Iaitu untuk menjadi seorang pereka fesyen. Sebuah impian terlarang oleh kedua orang tua ku... Perkara ini pun sudah lama aku lupakan. Seolah-olah aku tidak bisa pernah memiliki cita-cita ini.
Bukanlah niat aku untuk berkongsi soal cita-cita disini tetapi untuk aku berkongsi tentang pengalaman & kegembiraan aku di M-IFW 06... Teruja aku bila diberi peluang utk kali kedua menonton pertunjukan fesyen secara 'live'.. Walaupun aku kurang berpuas hati dgn model2 yang berjalan teramatlah laju(mcm kucing kejar ikan), peluang menonton dgn dekat ini sudah membuatkan aku jauh teruja.
Rekaan Carven Ong yg menjadi 'designer for the day' juga agak menarik. 'Simple & sexy'.
'In action with Jaclyn Victor'
Paling menarik untuk dikongsi ialah...... dapat duduk di belakang barisan Jaclyn Victor & Amber Chia.... Aku memang teruja... Lebih mengujakan bila dapat bergambar dgn mereka berdua.
Me & Amber Chia...
p/s: Setinggi penghargaan untuk teman baik aku yang memberi peluang untuk aku hadir dalam sebuah acara yg menyeronokkan ini. Thanks dude(nama dirahsiakan atas permintaan)..
Backstage posing...
Jumpa lagi di 'update' akan datang....
Hafiz Mahadzir.