Friday, March 28, 2008

Hari Kraftangan, Kompleks Kraftangan Malaysia Jalan Conlay.....

Hari Kraft Kebangsaan 2008

Aku cuba mencanting batik..heheh these pics can describe everything... mmg best... yang paling aku terkejut bila dapat tau ada kain songket yang bernilai rm6000. Aku plan nak pergi lagi nextweek.. memang best...
semalam aku spend about 4 hours kat sana... pic2 dekat bawah ni describe everything...


























oK dulu buat masa ni.. nnt kita sambung lagi k... :)






Wednesday, March 26, 2008

Baru...


Permulaan minggu ini dimulakan dengan baik. Semua yang dirancangkan sedang berjalan dengan lancar. Cuma kerja2 penulisan aku sedikit terganggu dek kerana kesibukan dengan aktiviti2 rutin dan kerja di pejabat.

Aku sudah mulakan produksi dengan Chris for the short film. Baru permulaan kepada perjalanan yang masih jauh. Jumaat ini akan ada rehersal for the shooting. I m so excited! Pengalaman pertama yang pastinya menyeronokkan. Jika sebelum ini aku selalu terfikir tentang pembikinan sesebuah cerita, peluang yang ada kali ini akan aku gunakan untuk menimba ilmu sebaiknya.

Projek penulisan aku yang pertama sudah pun siap dan dalam proses penilaian. Untuk yang kedua aku masih berkerja keras untuk mecari ilham menyiapkan karya ini. Terima kasih buat pencetus-pencetus ilham yang ada disekeliling. Aku juga sedang berusaha mencari peluang baru untuk berkerja dibelakang tabir seseorang yang agak berpengaruh dalam industri filem. Jika diizinkan Allah, aku akan maklumkan perkembangan lanjut tentang peluang baru yang sedang aku usahakan itu.

Untukprogram cahaya kasih maybank, sabtu ini adalah masanya untuk kami sekali lagi berhimpun. Sedikit masa perlu diluangkan untuk pastikan segalanya yang telah dirancang berjalan lancar.

Sampai jumpa lagi!

Monday, March 17, 2008

Cahaya Kasih Maybank

Ini merupakan salah satu dari penglibatan aku di Maybank. Cahaya Kasih merupakan kerjasama Kumpulan Maybank & Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat. Program ini telah bermula pada January 2007. Setiap bulan, warga Kumpulan Maybank berpeluang menyertai program ini.


Selepas lebih setahun bergiat aktif dalam merancang dan melaksana program bulanan ini, hari ini aku dipertanggungjawabkan untuk bergait dengan lebih aktif apabila salah seorang dari 'orang kuat' program ini akan meninggalkan Bank. Tanggungjawab akan menjadi lebih berat bagi mengatur dan melaksanakan amanh yang telah diberi ini.






Semua ini akan menjadikan hari dan langkah lebih bererti. Seperti 'posting' sebelum ini, semua yang dirancangkan masih dalam pelaksanaan. InsyaAllah, semuanya akan diselesaikan secepat mungkin.


Tuesday, March 11, 2008

Langkah Yang Baru

Segala yang telah aku rancangkan sebelum ini bakal terlaksana tidak lama lagi. Pastinya rutin harian aku akan menjadi lebih padat selepas ini. Kerja dipejabat, kuliah, penulisan dan yang terbaru terlibat di belakang tabir untuk salah sebuah filem pendek terbaru dari Chris Chong. Chris Chong merupakan pengarah kepada Project Runaway Malaysia. Aku memang teruja untuk terlibat dalam pembikinan filem pendek ini. Walaupun latar dan tanggungjawab yang diberikan tidaklah sebesar mana, namun aku anggap ini adalah peluang terbaik untuk aku menimba ilmu dan melangkah lebih jauh selepas ini.

Aku juga telah berjaya siapkan separuh dari karya penulisan pertama. Aku perlukan sedikit masa lagi dan mungkin berikan tumpuan yang lebih selepas ini bagi memastikan karya yang pertama ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga ianya akan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Terlalu sibuk dengan begitu banyak tugasan sememangnya membuatkan rutin harian aku semakin suntuk. Aku seolah-olah perlukan 30 jam sehari bagi memastikan aku punyai masa yang cukup untuk melaksanakan semua tanggungjawab ini. Aku akan terus mencuba memberikan yang terbaik kepada semua komitmen yang telah aku pilih ini.

Sekian dulu untuk pagi ini kerana email aku dah berkelip-kelip. Kita jumpa lagi.


Salam Hormat.
Hafiz Mahadzir.

Sunday, March 09, 2008

Sunday Morning.... (New Branding)

wow... pagi ni aku bangun as new branding of me... new branding?hehhe

itu sebagai satu signifikan bahawa aku juga sedang melalui arus perubahan seiring dengan apa yang sedang berlaku pada tanah air ku.. :)

aku ada beberapa tanggungjawab yang perlu aku tunaikan. semuanya akan terjawb tidak lama lagi.. jadi tunggu.....

work hard, work smart.... and the future will be mine, insyaAllah..

Saturday, March 08, 2008

sebuah kisah yang baru.....

Semua kenangan lepas, aku sudah pahatkan dalam sebuah teratak yang cukup indah sebagai tanda ia adalah sebuah kenangan yang amat indah. Perjalanan hidup diteruskan.

Hidup ini adalah sebuah perjalanan yang cukup indah untuk kita nikmati. Aku bersyukur pada yang Esa atas segala limpah dan nikmatnya buat aku. Sejauh perjalanan ini, sejauh itulah aku berlari menggapai semua harapan itu. Apa jua yang ku lalui, aku redha..

Selama ini aku berlari, mengejar sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apa itu semua ini... Aku cuma tahu di depoan pasti ada sesuatu yang indah buat aku... tapi sehingga kini gambaran indah itu, tidak pula pernah aku ketemuinya... Kadang2 aku terlupa dan mungkin buta bahawa dalam banyak persinggahan sepanjang perjalanan ini, sebenarnya aku sudah pun ketemuinya satu ketika dulu... Kenapa mata ini tidak melihat? Hati ini tidak menyahut? Jiwa ini tidak berkata? Atau mungkin sahutan suara hati ku tidak sekuat yang diharapkan...

Tanpa aku sedari aku telah biarkan sebuah permata itu membenci aku... Aku biarkan dia sendiri.. Bukanlah niat ku untuk berlaku seperti itu, tetapi aku juga manusia biasa... Aku rasakan dia sebuah permata yang sempurna sedangkan aku masih mahu cuba berlari mencari sebuah erti kehidupan... Berkali hati ku cuba untuk menjerit pada dirinya yang aku kasih akan dia, aku sayang pada dia..... tapi aku takut tidak tergalas semua itu...

Sehingga saat ini, aku masih gundah pada ketentuannya... dengan izin yang Esa, aku bertemu dengan dia lagi... Terima kasih kerana dia telah buka kan sedikit pintu hatinya untuk bertemu dengan ku lagi... Ingin saja aku jeritkan pada dirinya yang aku mahu dia... Aku sayang dia... Tapi aku masih takut pada bayang2 ku ini lagi...

Semoga aku akan terus melangkah dengan lebih jauh didepan bersama dia di sisi aku... InsyaAllah...

Monday, March 03, 2008

Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia

Relaku mengejarmu seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kaki ku-kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan terlelah gelombang lautan
Ku masih setia

Adakah engkau tahu… ini cinta
Adakah engkau pasti… ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup aku akan selama ini… yeah…
Biar berputar ke arah selatan ku tak putus harapan
Sedia setia
Jangan putus harapan… sedia setia