mak esah dan...sayunya hati aku...
hari ni aku kembali semula ke pejabat.. sebelum mula buat keja aku nak selitkan sket cerita yang aku baru dengar smlm... nak update malam semlm tak sempat sbbkan aku dah ting tong dek ubat selsema yg kuat ituew..hehhe
rabu lepas adalah seorang teman kepada teman baik aku telah pulang kerahmatullah.. Al-fatihah.. walaupun aku tak pernah jumpa dan kenal arwah.... tetapi aku tetap terasa jugak lah dgn peristiwa ini... kenapa? kerana arwah telah pergi dalam keadaan yang amat menyedihkan... aku simpati pada keluarga arwah. uols nak tautak kenapa aku kata menyedihkan? sbbnya... ada orang 'mak esah' kan dia.. atau kata yang lagi direct... dia kena santau... astagfirullah... mmg binatang sungguh orang yang buat benda alah ni...
tak sangka jugak dalam zaman2 moden ni masih ada lagi orang guna 'ilmu2 mak esah ni' untuk jahanamkan orang lain... kat mana depa p cari bomoh2 setan kat tgh KL ni pun tak tau laa kannn... aku difahamkan dr mbr aku yang g melawat(siap tunjuk gambar yer)... setakata yang sempat dikeluarkan dari tubuh arwah ialah kala jengking, 2 paku yg dah berkarat, jarum dan pasir.. pasir tu dikatakan pasir kubur... gila tak orang yang buat benda alah ni? hina lagi dari binatang.... ni jenis SETAN yang pakai topeng jadi manusia... geram aku...
tah lah.. kenapa masih nak gunakan ilmu2 ini utk balas perbuatan orang lain? kalo betul pun ada orang buat benda yang tak baik pada kita... janganlah kita yang tentukan balasan tu.. itukan kerja allah... mengucap panjang aku dengar benda2 camni... semoga diri kita, keluarga, dan semua kenalan kita dijauhi dari semua ini.. ingatlaaa kita ni bukan nak hidup selama2nya.. satu hari nnt kita akan pergi jugak mengadapa yg Esa. Benar kata seorang ustad yang telah menenagkan aku masa arwah ayah aku meninggal dulu'jika maut itu datang, sesaat pun tidak akan dilambatkan atau dipercepatkan'...
2 mac nanti genaplah 2 tahun perginya arwah ayah aku ke rahmatullah. marahnya, sayangnya, rinduku pada dia amat tebal... aku tak pernah rasa sunyi seperti mana ketika ini.. masa adanya dulu hidup aku terlalu lengkap.. dialah kekuatan kami sekeluarga tapi hari ini aku masih ada emak.. syukur alhamdulillah... terima kasih pada allah keran memberi kami seorang emak yang cukup baik... masa aku menulis ni... aku tgh menitiskan airmata... dah lama aku tak rasa seperti ini.... mungkin inilah yang dikatakan kehidupan.. kita yang hidup ni kena teruskan kehidupan walau seperit mana pun dugaan yang datang...
aku sering selindungkan kesedihan dihati dgn menunjukkan pada semua yang aku kuat dan terlalu gembira mengharungi kehidupan.. pada hakikatnya... hati aku, jiwa aku kosong dan aku terlalu rindukan apa yang aku telah tiada... dah hampir setahun aku pendamkan tangisan akun kerana aku mengatakan diri aku kuat.. entah mengapa hari ini aku tewas jugak... semoga allah berikan aku kekuatan untuk teruskan hidup dan terus mengejar impian dan cita2 aku.. yang penting, biarlah aku dapat buatkan emak aku terus gembira.. insyaAllah...